Catatan Suka Duka


Khamis 12 Ogos 2010: Isteriku Dapat Lesen
Akhirnya berjaya juga isteri saya memperoleh lesan D setelah sekian lama tertangguh sejak 2007 lagi. Tahniah isteriku! Wah, berharga sungguh lesennya itu pada saya! Mengapa ya...? Banyak sebabnya, yang pertamanya, kelak tidak perlulah lagi isteri saya ternanti-nanti... 

Selasa 27 Julai 2010: Rumah Baru Kami
Insya-Allah, pada Disember nanti pihak pemaju akan menyerahkan kunci rumah baru. Alhamdulillah... berjaya juga akhirnya memiliki rumah sendiri setelah dua tahun survey mengenal lokasi, budget, kesesuai, dan feel isteri. Habis seluruh Puchong dipusing, apartment di Damansara Damai, Saujana Utama, Pristana, Puncak Jalil, dan di beberapa lokasi yang lain. Semunya tidak sesuai, sekolah jauh, tak cukup budget, dan seribu alasan sama ada daripada mulut saya mahupun terlebih alasan daripada mulut isteri. Akhirnya, saya ditemukan dengan projek perumahan teres setingkat di Bukit Rahman Putra. Dan alangkah bernasib baiknya saya kerana harga rumah tersebut untuk tergolong dalam anggaran yang mampu saya biayai.